KELAB REKREASI KEMBARA PERINTIS

Wednesday, May 14, 2008

Tak Sabar Menanti Kejayaan Yang Bakal Tiba

Suatu penantian adalah satu perkara yang amat sukar. Ini akan menambahkan satu kekusutan bila difikirkan banyak kali. Terutamanya bila kita menunggu saatnya. Tidak dapat dinafikan jika perkara ini masih belum selesai, selagi itulah perasaan gundah gulana melanda jiwa. (jiwa kacau beb!)

Bisa dikatakan bahawa, bila sampai waktunya barulah kita terasa akan pencapaian yang kita usahakan. Akan tetapi, kejayaan yang dicapai tidak seharusnya dimegah-megahkan, cukup sekadar mengucapkan 'Alhamdulillah' syukur kepada Allah S.W.T yang memberi kita nikmat dan rahmat yang tidak ternilai untuk kita membalasnya.

Dasarnya, kita beroleh kejayaan tersebut dengan usaha dan tawakkal serta keizinan Tuhan adalah ketentuanNya jua.

Dalam mengejar suasana global pada hari ini, kita perlulah bersaing dalam ilmu pengetahuan yang luas dan hidup dalam era profesional memerlukan pemikiran yang kreatif dan kritis serta inovatif untuk mengapai kecemerlangan dalam hidup keseluruhannya.

No comments: