LAPORAN EKSPLORASI BANJARAN CROOKER
(TRUSMADI & TAMBUYUKON), SABAH 2010
OBJEKTIF PROGRAM
1. Memupuk semangat cintakan tanah air dan alam semulajadi demi memelihara flora dan fauna yang menjadi khazanah negara untuk generasi seterusnya
2. Pendedahan kepada kegiatan kembara bagi meningkatkan jatidiri melalui semangat kerjasama dalam kumpulan.
3. Mengenali tempat-tempat menarik di Malaysia dan meningkatkan ilmu pengetahuan tentang sosio-budaya, dan adat resam kaum tempatan.
SENARAI PESERTA
1. Yahaya Bin Ramly
2. Ismail Bin Hitam
3. Badrul Zaman Bin Musa
4. Norazali Bin Md Nor
5. Tasnim Bin Md Nor
6. Nazri Berhan
7. Zulfazli
8. Zaisatul Khairyzal Bin Salleh
LOKASI PROGRAM
Gunung Trusmadi
Gunung Trusmadi mungkin tidak dikenali ramai jika dibandingkan dengan Gunung Kinabalu. Trusmadi dengan ketinggian 2,642 meter merupakan puncak kedua tertinggi bukan sahaja di Sabah tetapi juga di Malaysia.
Kawasan pergunungan Trusmadi terletak di antara dua daerah, iaitu Tambunan di sebelah utara dan Keningau di sebelah selatan. Gunung Trusmadi juga terletak di bahagian timur Banjaran Crocker, banjaran utama di Sabah. Perjalanan sejauh 80 kilometer dari Kota Kinabalu, ibunegeri Sabah ke pekan kecil Tambunan mengambil masa kira-kira sejam setengah. Kawasan hutan di sekitar pergunungan Trusmadi telah diwartakan sebagai hutan simpan komersil sejak 1984.
Gunung Trusmadi menyimpan seribu satu khazanah alam yang tidak ternilai harganya dan salah satunya adalah spesis periuk kera Nepenthes x trusmadiensis yang hanya terdapat di pergunungan ini sahaja. Spesis ini adalah hasil dari Hibrid semulajadi Nepenthes lowii dengan N. edwardsiana.
Untuk menjejakkan kaki ke puncaknya, ketahanan mental dan fizikal amat diperlukan.
Trek dan bentuk muka bumi Gunung Trusmadi
Gunung Tambuyukon
Gunung Tambuyukon dengan ketinggian 2,579 meter dari paras laut merupakan gunung ketiga tertinggi di Malaysia. Terletak di dalam Taman Negara Kinabalu di bahagian daerah Ranau, gunung ini ditadbir oleh pihak Taman-taman Sabah (Sabah Parks). Gunung yang berada dalam tapak warisan dunia ini terpelihara dan tertakluk dibawah Enakmen Taman-Taman 1984. Hutannya masih belum terusik dan dikawal ketat. Keindahan flora dan fauna dapat dilihat sepanjang rentis sejauh 14 km sebelum menjejakkan kaki puncak.
Trek dan bentuk muka bumi Gunung Tambuyukon
TENTATIF PROGRAM
27/6/10
0650 – KLIA –KKIA
0920 – KK Airport
1000 – Kota Kinabalu – Tambunan
1200 – Tiba di Tambunan
28/6/10
0700 - Bergerak ke Kg. Kaingaran dengan menaiki kenderaan 4wd
0820 - Tiba di Pos Jabatan Perhutanan Sabah
0900 - Mula trekking
1000 - Pondok 1
1130 - Pondok 2
1400 - Taman Bunga
1500 - Kabin
29/6/10
0330 - Mula Treking
0500 - Puncak Pemancar
0530 - Puncak Trusmadi
0700 - Treking turun
0900 - Kabin
1030 - Treking turun
1630 - Starting point
1800 - Tambunan
2030 - Tambunan-Ranau
2230 - Tiba di Ranau
30/6/10
0600 – Bertolak dari Ranau ke Kg Monggis (starting point)
0900 – Sampai starting point & register
1000 – Mula trekking – Kem Sg Wuluh
1900 – Tiba di Kem Sg Wuluh
1/7/10
0900 – Mula trekking-Sg Kepuakan - Kem Musang
1500 – Tiba di Kem Musang
2/7/10
0600 – Mula trekking - Kem Jeneral - Kem Rajah - Puncak
1000 – Tiba di puncak Tambuyukon
1100 – Turun dari puncak
1600 – Tiba di Kem Sg Kepuakan (rest)
3/7/10
0800 – Mula trekking - Kg Monggis
1600 – Tiba di Kg Monggis
1700 – Naik 4wd - Ranau
1900 – Ranau – Kota Kinabalu
2100 – Tiba di Kota Kinabalu
4/7/10
Kota Kinabalu – KLIA
LAPORAN BERGAMBAR
PENUTUP
Diharapkan dengan adanya program seperti ini akan mendorong warga Kuala Lumpur khususnya golongan belia agar lebih menghargai alam sekitar yang kita pinjam dari generasi akan datang.
No comments:
Post a Comment